Sunday, 2 June 2013

Akibat merokok

Lebih kurang 14 mei yang lepas, ayah ditahan di wad kecemasan kerana menghidap penyakit jantung. Sebelum ni, ayah ada juga semput2.. tapi da lama tu baru nak pergi check ke hospital. Almaklumlah., sape je yang suka duduk di hospital? huhu Selepas tu dapat maklumat yang ayah kna pindah ke wad biasa pada keesokan harinya. Ayah kna tahan kat wad nk dkat sminggu juga la. Ayah ditempatkn di wad jantung. Jadi semua yang ada di wad tu sakit jantung. wktu melawat pun terkawal. Hanya 2 orang sahaja dibenarkan melawat dalam satu2 masa dan tidak boleh tunggu. Jiran depan katil ayah, seorang pakcik yang mempunyai anak mungkin dlm 5 org. yang sy sempat terserempak 3 org anak lelakinya yang last. Kasihan pakcik tu. Dia kritikal. lama juga dia di wad tu. Setelah melalui pembedahan, namun tidak juga pulih. Punca sakit jantung tu x dapat sy kenal pasti. Akhirnya hari terakhir ayah dijangka keluar wad, pakcik tu dipindahkan ke wad lain. Selang satu hari, pakcik tu disahkan meninggal.

Ada juga pakcik ni, dia menghidap sakit jantung tersumbat. Berapa tersumbat tu saya x pasti. Tapi dia kuat. Dengan tidak menjalani pembedahan, pakcik tu alhamdulillah boleh survive dgn bergantung pada ubat dari hospital.

Ayah juga ada disarankan oleh doktor untuk membuat pembedahan yang sama kerana ada 2 bahagian yang tersumbat. Mungkin kerana dulu ayah seorg perokok yang tegar. Akibat yang mesti di tanggung amat menyakitkan. Walaupun tak merasai, namun dengan melihat terasa kesakitan tu. Makan berpantang, ubat berpeket dan berkotak. Penyakit jntung beserta kolestrol. hurm.. saya tak tahu nak buat apa bila ayah dalam keadaan mencungap. Yang penting jangan buat dia marah.

Tapi apa2 pun, penyakit jantung ni banyak puncanya. Merokok pun salah satu. Bagi yang merokok asap yang disedut tidak banyak berbanding orang yang berhampiran dengan dia. Sayangi nyawa anda dan orang yang tersayang. Mungkin ego tu tinggi. Tapi bila dah kena, jangan terhantuk baru tengadah. Cegahlah sebelum melarat. Insha-Allah boleh.. berusaha!!

Erm.. Selama dua minggu mak mengerjakan umrah, kami adik-beradik yang tinggal. Saya tukang masak n buat kerja yang termampu. Kadang2 sampai x tahu apa yang nak dimasak dek memikirkan ayah boleh makan ke tidak. Saya ni bukan pandai masak sangat pun. Sedang belajar lagi. Ssya cuba jugalah walaupun kadang2 kurang garam, x rasa.. haha Harap2 semunya berjalan dengan baik sehingga kepulangan mak dari mengerjakan umrah. Kepada pembaca post ni, ada cadangan untuk pesakit jantung ataupun menu masakan yang sesuai, boleh la komen yer.. terima kasih.. :)

No comments:

Post a Comment