Friday 20 September 2013

HAID WANITA

Assalamualaikum.. kali ni sy nak bincangkan sedikit isu yang agak serius. Hal agama dalam bab haid wanita. Bagaimana cara kita nak tentukan tempoh haid tu habis dan dibolehkn untuk mandi wajib. Melalui pengalaman sy, ramai juga yang menyoalkn persoalan ini bila isu ni dibincangkan, sy juga kadang2 rasa was-was samada tempoh haid tu sudah habis atau pun belum.

Kalau dulu semasa sekolah pernah juga sy tanya kan kepada ustazah tempoh haid adalah 7 hari bagi kebiasaanya dan ada juga yang smpai kepada 15 hari yang paling lama. Tp lain pula yang keluar darah setengah hari dan melebihi 15 hari.

Menurut ulama darah haid ada 5 peringkat.


  1. hitam
  2. merah
  3. asyqar (warna antara merah dan kuning)
  4. kunig
  5. keruh  
Warna kunig dan keruh hanya dianggap haid pada hari-hari kebiasaan hai. Hal ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a yang menceritakan para wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh haid.
(*tujuan mereka ialah meminta pejelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yg masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh).Lalu Aisyah menjawab "Janganlah kamu tergessa-gesa(mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih".(Riwayat Imam Al-Bukhari).
Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak dianggap darah haid. Ini berdasarkan kenyataan Ummu 'Athiyyah r.a menyebutkan " Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)". (Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud). 

Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna2 tadi samada kelihatan warna putih(seperti kapur putih yang di sebut oleh Aisyah r.a dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Begitulah serba sedikit was-was sy mengenai hal ini. Setelah sy melihat dari blog2 yang ada, kejelasan tu ada. Apa yang sy post ni adalah untuk pengetahuan n ilmu yg sy tahu, sy kongsi. Tetapi sekiranya ada yang perlu diperbetulkan, sy terima dengan terbuka. Tegurlah sy. Wallahu 'alam.. Sekian untuk hari ni. Wassalam..


Link yang boleh dirujuk untuk penbacaan lanjut :