Thursday 3 April 2014

Kesan meminum Arak lebih teruk dari melakukan zina

Assalamualaikum..

Sy ingin menceritakan kisah pada zaman dahulu. Ada seorang yang alim ni.. diberi pilihan.. samada mahu melakukan zina atau pun meminum arak. Lalu dia memilih untuk meminum arak kerana sangkaannya arak lebih ringan dosanya dari melakukan zina. Setelah dia meminum air arak tu, dalam keadaan asyik dan khayal, dia telah melakukan zina dengan seorang perempuan. Selang beberapa hari perempuan tersebut datang menuntut dipertanggungjawabkan atas kehamilan. Si alim ni lalu membunuh wanita tersebut.

Dengan hanya meminum arak sahaja, dia telah melakukan 3 dosa besar iaitu minum arak, berzina dan membunuh. Bukan sy nak katakan yang kalau minum arak teruk, boleh lakukan zina,, tidak sama sekali. Hanya ingin membezakan antara dua perlakuan dosa yang kesannya lebih buruk.

Disini saya ingin mengatakan bahawa arak boleh menjadi punca seseorang itu melakukan dosa yang sangat besar seperti kisah pemuda itu tadi. Allah juga telah mengharamkan arak bagi umat islam. Oleh yang demikian, jauhkanlah diri anda daripada meminum air yang memabukkan dan seterusnya memudaratkan kehidupan kita...

Saturday 22 March 2014

AIR DAN GARAM

Masa kat u ni, ada subject filosofi ke mcm tu la ejaan dia.. menceritakan pendapat saintis, samada boleh pakai secara logik serta sains dalam islam. Mula-mula ni sy nk ceritakan pasal air dan garam yang boleh menjadi penyembuh. Dulu, ada seorg Dr. F. Batmanghelidi, berbangsa Iran yang menggunakan air untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Dia di masukkan dlm penjara semasa Revolusi Iran. Beliau telah merawat lebih 2000 banduan yang pelbagai penyakit seperti sakit perut,asma, alergi, tekanan darah tinggi atau rendah, kencing manis, sakit tulang belakang dan gout. Selama 2 tahun 4 bulan, beliau dibebaskan dan beliau menulis beberapa buku hasil dari kajiannya; antaranya adalah :
  • Water; For Health, for Healing, for Life : You're Not Sick, You're Thirsthy
  • How to Deal WIth Back Pain and Rheumatoid Joint Pain
  • Obesity, Cancer & Depression : Their COmmon Cause & Natural Cure
  • Water Cures : Drug Kill : Hoew Water Cured Incurable Diseases
Lecturer sy, Ust. Zaki suka bercerita pengalaman yang dia rasakan sendiri selepas mencuba. Ternyata hasilnya berkesan. Subhanallah.. Ust pernah sakit pinggang, ibu ust pula sakit kaki dan sendi di pinggul dan harus ke tandas 3 hinggga 4 kali pada wktu malam. Slepas guna formula air dan garam, Alhamdulillah sembuh katanya.

Garam tu bukan garam putih yang biasa tu.. Garam putih yang biasa tu ada sodium je lebih dan telah menjalani proses pelunturan(bleach).. bunyi mcm klorox pun ada kan? hehe gurau jer.. dan kesan makan garam putih tu mengundang pelbagai penyakit seperti darah tinggi. Garam yang dimaksudkan ialah garam laut, garam bukit, garam Himalaya atau garam buluh yang mengandungi segala mcm mineral.



Kalau rasa semput  atau lendir yang sukar hendak keluar, boleh je guna air dan garam.

cara-cara nak praktik kan  macam kat bawah ni :


  • Minum air dan sedikit garam laut yang asli setengah jam sblum mkn (minum air dan letak secubit garam pada lidah). Harus minum 1.5 liter air kira2 8 gelas sehari.
  • minum air 1 atau 2 cwn stgh jam sblum mkn. buat ktika bgn tidur, sblum mkn tgah hari dan sblum mkn mlm.
  • slepas mkn, jgn minum air kerana akan mengganggu proses penghadaman. kalau nk minum juga, minum selepas 2 jam.
  • minum air sblum bersenam / membuat kerja2 berat.
  • minum air sebelum makan - boleh kurangkan berat badan sbb bila minum air dulu, perut cepat kenyang dan makan pun nanti x banyak. =)
Rujukan : Sains & Mbah Maridjan by Mohd Zaki Bin Haji Ghazali

Maklumat lanjut mengenai garam :

  1. http://albakri88.wordpress.com/2012/04/03/garam-bukit-himalaya-himalayan-rock-salt/
  2. http://sihatselalu.lot.my/index.php?route=product/product&product_id=34010
  3. http://www.rawatanislam2u.com/2011/10/khasiat-garam-bukit-dalam-perubatan.html


p/s : Maaf yer ustaz kongsi ilmu ustaz kat sini..

Sampai sini je dulu k.. nanti saya sambung lg cerita lain.. Wassalam.. =)

Thursday 20 March 2014

PENGALAMAN

Pengalaman sering kali membuat diri ni keliru. Melalui apa yang berlaku di sekeliling. Membuatkan kaki ni takut nak melangkah. Dapat sambung pelajaran di peringkat ijazah adalah rezeki yang Allah berikan kpd saya.. namun, tidak di sangka.. semua yang baru menjadi ujian kepada kami yang bergelar student.

Saya pernah mempunyai kawan baik ketika menuntut di universiti di peringkat diploma. Susah senang kadang-kala bersama. Sehingga sem yang terakhir, kami dapat grad awal. dan sejak tu, masing-masing membawa haluan sendiri. Kami brjumpa semula ketika hari convocation di shah alam. Time tu kwn tu dah smbung ijazah dah. saya yang lambat nak smbung sbb takut dgn muet punya pasal. last2 masuk lambat. bila dapat sambung lak, x sama campus. hurm.. nasib la..

Kat tempat baru ni, kna sewa rumah.. kelegkapan di kampus baru pun masih lagi tidak lengkap.. dari rumah sewa, berjalan kaki dlm 15 minit. kat rumah sewa ni ada 24 org.. masa mula masuk, biasa jer.. bila dah lama, sorg2 yang keluar kerana x tahan dengan bayaran sewa yang mahal. RM180 x termasuk api air untuk sebulan. rumah kedai... hurm.. kelengkapan yang dia bagi pun katil, mesin basuh, wifi.. tu jer.. rasa pun macam mahal.. x tau la bil elektrik nanti brapa.. 

Kat dlm bilik sy ada 10 org.. 2 org da keluar dok kolej, tggal lg 8 org.. sorg akan keluar dan pindah ke rumah baru. yg sorg lg pun akan pindah dok kolej.. hai.. tggal brapa jer dlm bilik ni.. sy ada kwn sorg ni.. org utara.. mula2 ingat sama kelas, tp dia dr fakulti yang lain masuk fskm.. so, pembelajaran dia masuk dip ulu x sama dgn ktorg..jd dia kna amik balik subject yg dia blaja sikit je masa dip. Im grateful to have her as my friend.. baik.. dia pun cantik jugak.. hehe i love my friendship.. tp kl ada prob, x tau nak slesaikan mcm mna.. i hate that feeling. contoh mcm jnji nak blik sama.. so salah sorg akan tggu.. bila yg mnunggu tu tggu lama n kwn tu x muncul; tup2 dapat tau dia da smpi bilik.. bunyi mcm simple.. tp sy x reti nk hadapi.. rsa penat.. lali.. x reti nak layan perasaan tu.. smpai satu tahap nk nangis "kenapa aku x leh nk hadapi bnda ni"... Jujur, memg sy x reti nak express depan2.. tp apa patut sy buat? masalah kwn tu mcm masalah besar bagi sy.. x tegur skejap rasa mcm dia dah x nak kwn kita. hurm...sampai sini jer la sy nk citer.. nty sy citer lg ek.. thanks membaca 
assalamualaikum.... :)

Friday 20 September 2013

HAID WANITA

Assalamualaikum.. kali ni sy nak bincangkan sedikit isu yang agak serius. Hal agama dalam bab haid wanita. Bagaimana cara kita nak tentukan tempoh haid tu habis dan dibolehkn untuk mandi wajib. Melalui pengalaman sy, ramai juga yang menyoalkn persoalan ini bila isu ni dibincangkan, sy juga kadang2 rasa was-was samada tempoh haid tu sudah habis atau pun belum.

Kalau dulu semasa sekolah pernah juga sy tanya kan kepada ustazah tempoh haid adalah 7 hari bagi kebiasaanya dan ada juga yang smpai kepada 15 hari yang paling lama. Tp lain pula yang keluar darah setengah hari dan melebihi 15 hari.

Menurut ulama darah haid ada 5 peringkat.


  1. hitam
  2. merah
  3. asyqar (warna antara merah dan kuning)
  4. kunig
  5. keruh  
Warna kunig dan keruh hanya dianggap haid pada hari-hari kebiasaan hai. Hal ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a yang menceritakan para wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh haid.
(*tujuan mereka ialah meminta pejelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yg masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh).Lalu Aisyah menjawab "Janganlah kamu tergessa-gesa(mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih".(Riwayat Imam Al-Bukhari).
Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak dianggap darah haid. Ini berdasarkan kenyataan Ummu 'Athiyyah r.a menyebutkan " Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)". (Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud). 

Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna2 tadi samada kelihatan warna putih(seperti kapur putih yang di sebut oleh Aisyah r.a dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Begitulah serba sedikit was-was sy mengenai hal ini. Setelah sy melihat dari blog2 yang ada, kejelasan tu ada. Apa yang sy post ni adalah untuk pengetahuan n ilmu yg sy tahu, sy kongsi. Tetapi sekiranya ada yang perlu diperbetulkan, sy terima dengan terbuka. Tegurlah sy. Wallahu 'alam.. Sekian untuk hari ni. Wassalam..


Link yang boleh dirujuk untuk penbacaan lanjut :

Wednesday 17 July 2013

Pekerja sambilan di rumah di perlukan



Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas

Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri

Anatara kerja yang ada : Data entry, admin support, virtual assistant, typist, translator, customer support, web research, proof reader, writers, copywriters dan lain2.

Maklumat lanjut sila ke website di bawah:

Mengenai Jobdirumah.com:
jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul.

Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah.com akan menolong mencari kekosongan baru dan dihantar terus ke email setiap pagi secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dgn kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.


Maklumat lanjut sila ke website di bawah:

Tuesday 16 July 2013

BANTUAN MENGAJI AL-QURAN SECARA MUDAH DAN BERKESAN

Assalamualaikum...

Dalam bulan ramadhan ni, semua berlumba-lumba memperbanyakkan amal ibadah.

Amal ibadah sunat seperti :-

  • sedekah
  • solat tarawikh
  • qiamullail
  • tadarus al-quran
  • solat dhuha
Namun begitu, ibadah2 tersebut ada yang boleh kita lakukan bukan sahaja dalam bulan ramadhan tapi juga bulan2 yang lain.

Mungkin ada yang teringin untuk bertadarus al-quran tetapi malu untuk menghadiri kerana kekurangan diri. Jangan salah anggap. Bertadarus tu bukan mencari siapa yang pandai atau pun tidak. Bertadarus tu menggalakkan lagi untuk kita membaca al-quran disamping kita dapat membetulkan bacaan2 mengikut tajwid yang betul. 

Akan tetapi, ada yang memilih untuk membaca al-quran dengan sendirinya. Tidak dinafikan, pasti ada yang ragu2 dengan cara bacaan, panjang pendek serta tajwid yang lain kan. Saya ada sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan.

Banyak Al-Quran yang siap dengan tajwid telah berada di pasaran. Tidak itu sahaja, ada yang membekalkan pen yang apabila disentuh boleh mengeluarkan suara bacaan dari ustaz yang berpengalaman dan terkenal serta beg Al-Quran dan tasbih digital. Bagi sesiapa yang malu untuk mendaftarkn diri sebagai pelajar untuk mengaji di mana-mana dan ingin belajar secara sendiri dan tiada masa untuk bertadarus, mungkin dengan bantuan alat tersebut dapat menolong anda. Ianya juga boleh dijadikan sebagai hadiah kepada ibu bapa, hantaran perkahwinan, hadiah perkahwinan dan juga hadiah kepada sahabat.
Pautan Al-Quran digital dan Pen Bacaan akan membawa anda ke website yang menjual set Al-Quran yg sy maksudkan. Tempah sekarang selagi stok masih ada. Moga bermanfaat :)




Friday 28 June 2013

JAUHI MASALAH BOTAK DI USIA MUDA

Assalamualaikum.. kali ni saya nak update info tentang penjagaan rambut. Mungkin ramai dah tahu ataupun mempunyai cara lain daripada yang akan sy tuliskan di sini. Tapi tidak mengapa, saya cuma ingin berkongsi apa yang saya ada, x salahkan? hehe

Mula2 anda kena sediakan bahan untuk membuat ramuan seperti syampu
Bahan-bahan dia :-
  • 1 sudu serbuk kayu manis
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu minyak zaitun
Cara-cara dia pula :-

  1. Campurkan serbuk kayu manis dan madu. Kemudian, letakkan sedikit demi sedikit minyak zaitun dan gaul sebati. Biarkan campuran tersebut likat seperti syampu.
  2. Basahkan rambut dan sapukan campuran serbuk kayu manis, madu dan minyak zaitun ke seluruh rambut sehingga ke kulit kepala.
  3. Biarkan campuran tersebut meresap ke kulit kepala selama 15 hingga 20 minit.
  4. SETELAH itu, bilas dengan air suam.
**Amalkan tiga kali seminggu sehingga rambut kembali sihat.

Ni pula TIP PENJAGAAN RAMBUT

  1. MENGURUT kepala dengan menggunakan minyak badam akan memperbaiki peredaran darah dan membuat folikel rambut lebih kuat dan sihat.
  2. BANYAKKAN memakan bijan kerana ia mengandungi kalsium dan megnesium yang menyuburkan kulit kepala dan mengurangkan keguguran rambut.
  3. LEBIHKAN pengambilan teh hijau dan soya dalam diet kerana ia perencat dihydrotestosterone semulajadi yang mampu mengawal keguguran rambut.
  4. MAKAN biji labu yang dipanggang atau dijemur setiap hari kerana ia boleh membantu mengawal masalah keguguran rambut.
  5. KURANGKAN pengambilan daging merah dalam diet harian kerana ia memburukkan masalah keguguran rambut.
  6. KERAP mencuci rambut dengan menggunakan air suam atau sejuk untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat dan bersih. Elakkan membasuh rambut terlalu kerap untuk mencegah kerosakan rambut.
  7. ELAKKAN menggunakan suhu pengering rambut yang tinggi kerana ia mudah merosakkan rambut. Seeloknya biarkna rambut kering dengan sendirinya.
  8. ELAKKAN mengeringkan rambut basah dengan terlalu kuat semasa menggunakan tuala kerana ia akan menyebabkan rambut lebih mudah gugur.
  9. GUNAKAN sikat bergigi lebar bagi mengelakkan rambut tersangkut. Elakkan juga menyikat rambut ketika rambut masih basah.
Selain tu, banyak lagi cara untuk penjagaan rambut. Ada yang memilih cara moden berbanding cara tradisional untuk penjagaan rambut seperti Yun Nam hair care pakar rambut anda... haha terkeluar pula iklan di tv..Apa2 pun selamat mencuba!!