Tuesday 16 July 2013

BANTUAN MENGAJI AL-QURAN SECARA MUDAH DAN BERKESAN

Assalamualaikum...

Dalam bulan ramadhan ni, semua berlumba-lumba memperbanyakkan amal ibadah.

Amal ibadah sunat seperti :-

  • sedekah
  • solat tarawikh
  • qiamullail
  • tadarus al-quran
  • solat dhuha
Namun begitu, ibadah2 tersebut ada yang boleh kita lakukan bukan sahaja dalam bulan ramadhan tapi juga bulan2 yang lain.

Mungkin ada yang teringin untuk bertadarus al-quran tetapi malu untuk menghadiri kerana kekurangan diri. Jangan salah anggap. Bertadarus tu bukan mencari siapa yang pandai atau pun tidak. Bertadarus tu menggalakkan lagi untuk kita membaca al-quran disamping kita dapat membetulkan bacaan2 mengikut tajwid yang betul. 

Akan tetapi, ada yang memilih untuk membaca al-quran dengan sendirinya. Tidak dinafikan, pasti ada yang ragu2 dengan cara bacaan, panjang pendek serta tajwid yang lain kan. Saya ada sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan.

Banyak Al-Quran yang siap dengan tajwid telah berada di pasaran. Tidak itu sahaja, ada yang membekalkan pen yang apabila disentuh boleh mengeluarkan suara bacaan dari ustaz yang berpengalaman dan terkenal serta beg Al-Quran dan tasbih digital. Bagi sesiapa yang malu untuk mendaftarkn diri sebagai pelajar untuk mengaji di mana-mana dan ingin belajar secara sendiri dan tiada masa untuk bertadarus, mungkin dengan bantuan alat tersebut dapat menolong anda. Ianya juga boleh dijadikan sebagai hadiah kepada ibu bapa, hantaran perkahwinan, hadiah perkahwinan dan juga hadiah kepada sahabat.
Pautan Al-Quran digital dan Pen Bacaan akan membawa anda ke website yang menjual set Al-Quran yg sy maksudkan. Tempah sekarang selagi stok masih ada. Moga bermanfaat :)




No comments:

Post a Comment