Friday 20 September 2013

HAID WANITA

Assalamualaikum.. kali ni sy nak bincangkan sedikit isu yang agak serius. Hal agama dalam bab haid wanita. Bagaimana cara kita nak tentukan tempoh haid tu habis dan dibolehkn untuk mandi wajib. Melalui pengalaman sy, ramai juga yang menyoalkn persoalan ini bila isu ni dibincangkan, sy juga kadang2 rasa was-was samada tempoh haid tu sudah habis atau pun belum.

Kalau dulu semasa sekolah pernah juga sy tanya kan kepada ustazah tempoh haid adalah 7 hari bagi kebiasaanya dan ada juga yang smpai kepada 15 hari yang paling lama. Tp lain pula yang keluar darah setengah hari dan melebihi 15 hari.

Menurut ulama darah haid ada 5 peringkat.


  1. hitam
  2. merah
  3. asyqar (warna antara merah dan kuning)
  4. kunig
  5. keruh  
Warna kunig dan keruh hanya dianggap haid pada hari-hari kebiasaan hai. Hal ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a yang menceritakan para wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh haid.
(*tujuan mereka ialah meminta pejelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yg masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh).Lalu Aisyah menjawab "Janganlah kamu tergessa-gesa(mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih".(Riwayat Imam Al-Bukhari).
Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak dianggap darah haid. Ini berdasarkan kenyataan Ummu 'Athiyyah r.a menyebutkan " Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)". (Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud). 

Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna2 tadi samada kelihatan warna putih(seperti kapur putih yang di sebut oleh Aisyah r.a dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Begitulah serba sedikit was-was sy mengenai hal ini. Setelah sy melihat dari blog2 yang ada, kejelasan tu ada. Apa yang sy post ni adalah untuk pengetahuan n ilmu yg sy tahu, sy kongsi. Tetapi sekiranya ada yang perlu diperbetulkan, sy terima dengan terbuka. Tegurlah sy. Wallahu 'alam.. Sekian untuk hari ni. Wassalam..


Link yang boleh dirujuk untuk penbacaan lanjut :

Wednesday 17 July 2013

Pekerja sambilan di rumah di perlukan



Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas

Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri

Anatara kerja yang ada : Data entry, admin support, virtual assistant, typist, translator, customer support, web research, proof reader, writers, copywriters dan lain2.

Maklumat lanjut sila ke website di bawah:

Mengenai Jobdirumah.com:
jobdirumah.com merupakan penyedia khidmat latihan asas dan sumber pekerjaan alternatif pada yang berminat. Perkhidmatan yang disediakan adalah panduan dalam bentuk penerangan bertulis dan video tutorial tentang bagaimana, cara apa, dan di mana hendak mencari kerja di rumah dari sumber - sumber yang betul.

Untuk kemudahan ahli, Jobdirumah.com akan menolong mencari kekosongan baru dan dihantar terus ke email setiap pagi secara percuma. Jika ada kerja yang ahli fikirkan sesuai dgn kemahiran, ahli boleh buat permohonan kepada majikan.


Maklumat lanjut sila ke website di bawah:

Tuesday 16 July 2013

BANTUAN MENGAJI AL-QURAN SECARA MUDAH DAN BERKESAN

Assalamualaikum...

Dalam bulan ramadhan ni, semua berlumba-lumba memperbanyakkan amal ibadah.

Amal ibadah sunat seperti :-

  • sedekah
  • solat tarawikh
  • qiamullail
  • tadarus al-quran
  • solat dhuha
Namun begitu, ibadah2 tersebut ada yang boleh kita lakukan bukan sahaja dalam bulan ramadhan tapi juga bulan2 yang lain.

Mungkin ada yang teringin untuk bertadarus al-quran tetapi malu untuk menghadiri kerana kekurangan diri. Jangan salah anggap. Bertadarus tu bukan mencari siapa yang pandai atau pun tidak. Bertadarus tu menggalakkan lagi untuk kita membaca al-quran disamping kita dapat membetulkan bacaan2 mengikut tajwid yang betul. 

Akan tetapi, ada yang memilih untuk membaca al-quran dengan sendirinya. Tidak dinafikan, pasti ada yang ragu2 dengan cara bacaan, panjang pendek serta tajwid yang lain kan. Saya ada sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan.

Banyak Al-Quran yang siap dengan tajwid telah berada di pasaran. Tidak itu sahaja, ada yang membekalkan pen yang apabila disentuh boleh mengeluarkan suara bacaan dari ustaz yang berpengalaman dan terkenal serta beg Al-Quran dan tasbih digital. Bagi sesiapa yang malu untuk mendaftarkn diri sebagai pelajar untuk mengaji di mana-mana dan ingin belajar secara sendiri dan tiada masa untuk bertadarus, mungkin dengan bantuan alat tersebut dapat menolong anda. Ianya juga boleh dijadikan sebagai hadiah kepada ibu bapa, hantaran perkahwinan, hadiah perkahwinan dan juga hadiah kepada sahabat.
Pautan Al-Quran digital dan Pen Bacaan akan membawa anda ke website yang menjual set Al-Quran yg sy maksudkan. Tempah sekarang selagi stok masih ada. Moga bermanfaat :)




Friday 28 June 2013

JAUHI MASALAH BOTAK DI USIA MUDA

Assalamualaikum.. kali ni saya nak update info tentang penjagaan rambut. Mungkin ramai dah tahu ataupun mempunyai cara lain daripada yang akan sy tuliskan di sini. Tapi tidak mengapa, saya cuma ingin berkongsi apa yang saya ada, x salahkan? hehe

Mula2 anda kena sediakan bahan untuk membuat ramuan seperti syampu
Bahan-bahan dia :-
  • 1 sudu serbuk kayu manis
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu minyak zaitun
Cara-cara dia pula :-

  1. Campurkan serbuk kayu manis dan madu. Kemudian, letakkan sedikit demi sedikit minyak zaitun dan gaul sebati. Biarkan campuran tersebut likat seperti syampu.
  2. Basahkan rambut dan sapukan campuran serbuk kayu manis, madu dan minyak zaitun ke seluruh rambut sehingga ke kulit kepala.
  3. Biarkan campuran tersebut meresap ke kulit kepala selama 15 hingga 20 minit.
  4. SETELAH itu, bilas dengan air suam.
**Amalkan tiga kali seminggu sehingga rambut kembali sihat.

Ni pula TIP PENJAGAAN RAMBUT

  1. MENGURUT kepala dengan menggunakan minyak badam akan memperbaiki peredaran darah dan membuat folikel rambut lebih kuat dan sihat.
  2. BANYAKKAN memakan bijan kerana ia mengandungi kalsium dan megnesium yang menyuburkan kulit kepala dan mengurangkan keguguran rambut.
  3. LEBIHKAN pengambilan teh hijau dan soya dalam diet kerana ia perencat dihydrotestosterone semulajadi yang mampu mengawal keguguran rambut.
  4. MAKAN biji labu yang dipanggang atau dijemur setiap hari kerana ia boleh membantu mengawal masalah keguguran rambut.
  5. KURANGKAN pengambilan daging merah dalam diet harian kerana ia memburukkan masalah keguguran rambut.
  6. KERAP mencuci rambut dengan menggunakan air suam atau sejuk untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat dan bersih. Elakkan membasuh rambut terlalu kerap untuk mencegah kerosakan rambut.
  7. ELAKKAN menggunakan suhu pengering rambut yang tinggi kerana ia mudah merosakkan rambut. Seeloknya biarkna rambut kering dengan sendirinya.
  8. ELAKKAN mengeringkan rambut basah dengan terlalu kuat semasa menggunakan tuala kerana ia akan menyebabkan rambut lebih mudah gugur.
  9. GUNAKAN sikat bergigi lebar bagi mengelakkan rambut tersangkut. Elakkan juga menyikat rambut ketika rambut masih basah.
Selain tu, banyak lagi cara untuk penjagaan rambut. Ada yang memilih cara moden berbanding cara tradisional untuk penjagaan rambut seperti Yun Nam hair care pakar rambut anda... haha terkeluar pula iklan di tv..Apa2 pun selamat mencuba!!

Wednesday 12 June 2013

Khasiat Pegaga





▍Nama saintifik bagi pegaga ialah Hydrocotyle asiatica Linn dan ia adalah daripada Famili Umbilliferae. Di dalam masyarakat Melayu, pegaga sering digunakan sebagai ulam.

Tumbuhan herba ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan tradisi yang tinggi.

(a) Serikan Wajah Anda –

▍Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu. Tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam dan amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.

(b) Kecutkan Peranakan –

▍Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

(c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka -

▍Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Caranya: Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam.

▍Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.

(d) Mengubati Sakit Kepala -

▍Daun pegaga perlu direbus dengan kacang hijau dan dibiarkan semalaman dalam keadaan yang terdedah. Kemudian daun pegaga itu dimakan bersama kacang hijau dan air rebusan tersebut pula haruslah diminum.

(e) Mengubati penyakit sengal-sengal badan –

▍Bagi mengubati penyakit ini, daun pegaga hendaklah direbus dengan bawang dan air rebusan itu haruslah diminum. Bagi mengubati sakit mata pula, daun pegaga direbus dan air rebusan itu diminum setelah dicampurkan sedikit dengan gula.

(f) Mengubati penyakit demam kepialu atau typhoid-

▍Daun pegaga haruslah ditumbuk lumat dan diletakkan di atas dahi.

c.c : Zara Health & Beauty - Gluta C

BAHAYA MEMBUNUH LIPAS





Ni satu artikel yang baru je saya jumpa mengenai lipas.
Sesuatu yang baru dan penting.
Kemungkinan apa yang dikatakan benar. Tetapi bagi yang tidak mahu percaya melulu, ada cara untuk pastikan.
Andai kata tidak terdapat cacing tersebut bererti kemungkinan artikel ini tidak boleh diterima pakai.

Bila anda melihat lipas di rumah, jangan anda memukulnya sampai mati kerana isi perut lipas sangat bahaya.

Dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yang akan hidup meskipun di luar dari tubuh lipas. Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat pada mata kasar bila jarak pandang sekitar 10-20cm.

Cara nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas diatas kertas hitamatau cermin.. Nanti cacing perut lipas akan bergerak-gerak.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) karena dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.

C.C : GuaBlog.com

Monday 3 June 2013

Khasiat Durian Belanda

           Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? Kerana salah satu perusa haan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser. Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'.

          Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus. Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik. Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

        Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan
        buahnya ini :
             
               i) Menyerang sel kanser secara efektif dan
                  semulajadi TANPA rasa mual, berat
                  badan turun , rambut gugur,
                  seperti yang terjadi pada terapi kemo.
           
               ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah
                  dari jangkitan yang mematikan.
           
              iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama
                  proses perawatan / penyembuhan.
           
             iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin
                 bertambah baik.

         Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.

Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
         
             1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel
                 jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza,
                 diantaranya kanser :
                 Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru
                 dan Pankreas.

             2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam
                 memperlambatkan pertumbuhan sel kanser
                 dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi
                 Kemo yang biasa digunakan!

             3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara
                 selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel
                 jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh
                 sel-sel yang sihat.


       
          Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini.

        Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan ! RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

          Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat. Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing. Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati. Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

          Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit. Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut. Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.


c.c: Zara Health & Beauty - Gluta C

Sunday 2 June 2013

Akibat merokok

Lebih kurang 14 mei yang lepas, ayah ditahan di wad kecemasan kerana menghidap penyakit jantung. Sebelum ni, ayah ada juga semput2.. tapi da lama tu baru nak pergi check ke hospital. Almaklumlah., sape je yang suka duduk di hospital? huhu Selepas tu dapat maklumat yang ayah kna pindah ke wad biasa pada keesokan harinya. Ayah kna tahan kat wad nk dkat sminggu juga la. Ayah ditempatkn di wad jantung. Jadi semua yang ada di wad tu sakit jantung. wktu melawat pun terkawal. Hanya 2 orang sahaja dibenarkan melawat dalam satu2 masa dan tidak boleh tunggu. Jiran depan katil ayah, seorang pakcik yang mempunyai anak mungkin dlm 5 org. yang sy sempat terserempak 3 org anak lelakinya yang last. Kasihan pakcik tu. Dia kritikal. lama juga dia di wad tu. Setelah melalui pembedahan, namun tidak juga pulih. Punca sakit jantung tu x dapat sy kenal pasti. Akhirnya hari terakhir ayah dijangka keluar wad, pakcik tu dipindahkan ke wad lain. Selang satu hari, pakcik tu disahkan meninggal.

Ada juga pakcik ni, dia menghidap sakit jantung tersumbat. Berapa tersumbat tu saya x pasti. Tapi dia kuat. Dengan tidak menjalani pembedahan, pakcik tu alhamdulillah boleh survive dgn bergantung pada ubat dari hospital.

Ayah juga ada disarankan oleh doktor untuk membuat pembedahan yang sama kerana ada 2 bahagian yang tersumbat. Mungkin kerana dulu ayah seorg perokok yang tegar. Akibat yang mesti di tanggung amat menyakitkan. Walaupun tak merasai, namun dengan melihat terasa kesakitan tu. Makan berpantang, ubat berpeket dan berkotak. Penyakit jntung beserta kolestrol. hurm.. saya tak tahu nak buat apa bila ayah dalam keadaan mencungap. Yang penting jangan buat dia marah.

Tapi apa2 pun, penyakit jantung ni banyak puncanya. Merokok pun salah satu. Bagi yang merokok asap yang disedut tidak banyak berbanding orang yang berhampiran dengan dia. Sayangi nyawa anda dan orang yang tersayang. Mungkin ego tu tinggi. Tapi bila dah kena, jangan terhantuk baru tengadah. Cegahlah sebelum melarat. Insha-Allah boleh.. berusaha!!

Erm.. Selama dua minggu mak mengerjakan umrah, kami adik-beradik yang tinggal. Saya tukang masak n buat kerja yang termampu. Kadang2 sampai x tahu apa yang nak dimasak dek memikirkan ayah boleh makan ke tidak. Saya ni bukan pandai masak sangat pun. Sedang belajar lagi. Ssya cuba jugalah walaupun kadang2 kurang garam, x rasa.. haha Harap2 semunya berjalan dengan baik sehingga kepulangan mak dari mengerjakan umrah. Kepada pembaca post ni, ada cadangan untuk pesakit jantung ataupun menu masakan yang sesuai, boleh la komen yer.. terima kasih.. :)

Saturday 1 June 2013

Petua atau pencegahan ketika memasak

Assalamualaikum... semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat hendak-Nya.. :) kata seseorang tu 'kongsi je apa ilmu yang kita ada kat blog ni. grenti ada idea'.. huhu best juga.. so, hari ini saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya belajar dari mak saya....

Bermula ketika saya mula2 tolong mak kat dapur, sikit2 petua atau pencegahan dapat sy pelajari.. Tentunya ramai yang pernah menumbuk lada di dapur kan? Kalau yang tak pernah tu tak tahu la.. mungkin orang tu memg tak makan lada ataupun memeang tak pernah  masuk kedapur kan? hehe jangan marah.. petua bila kita menumbuk lada tu, kadang2 ada percikan lada tu terpelanting kat tangan la, muka la.. sampai ke dahi pun ada.. yang x boleh nak tahan terus ke mata.. adush... pedihnya.. tp mak kata boleh dikurang kan dengan mengulum garam kasar(garam halus pun boleh) sampai hilang rasa pedih tu.. jangan di telan pula tau.. :) insya-allah boleh mengurangkn... saya dah cuba da.. berkesan...

Ada lagi.. orang perempuan lak bila datang time bendera merah, time tu kan 'panas'... Mak kata  jangan petik lada kat pokok.. nanti mati pokok tu.. so, orang perempuan.. yang ada tanam lada tu, kalau tengah period, boleh la minta tolong dkat orang lain petikkan untuk kita. Bagi yang tiada pilihan, bertawakal lah agar pokok tu tak mati.

ha... ada lagi... x habis lagi ni. Saya ni x reti nak belah kelapa. Ada sekali tu, 1st time nak masak gulai masak lemak cili api. dah la haritu kat kampung. Wan ada tapi almaklumlah da tua. x larat nk buat kerja tu. So, saya je la yang ada. terpaksa lah sy buat. nak tau jadi apa? senget kelapa tu jadinya.. sblah besar, sbelah kecik.. haha lepastu, bila balik tanya kat mak mcm mana nak blah dengan cara yang betul. Mak kata, tengok tiga titik kat kelapa tu.. halakan kearah badan kita. lepastu, ketuk bahagian tengah.. insya-allah jadi.. hehe tapi bila dah tahu tu, sy x try lagi pun.. mungkin la akan datang x pun beli je kat kedai.. hehe

tu jela entri saya kali ni.. nanti kalau saya teringat saya update lagi yer.. wassalam.. :)


Wednesday 29 May 2013

intro

Assalamualaikum.. haii.. Saya seorang hamba Allah yang berumur 21 tahun. Saya hanya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada. kalau ada yang sudi nak komen dan memberi pandangan, tu silakan... tapi bagi la komen yang membina ye.. sekian buat masa ni.. terima kasih.. :)