Friday 28 June 2013

JAUHI MASALAH BOTAK DI USIA MUDA

Assalamualaikum.. kali ni saya nak update info tentang penjagaan rambut. Mungkin ramai dah tahu ataupun mempunyai cara lain daripada yang akan sy tuliskan di sini. Tapi tidak mengapa, saya cuma ingin berkongsi apa yang saya ada, x salahkan? hehe

Mula2 anda kena sediakan bahan untuk membuat ramuan seperti syampu
Bahan-bahan dia :-
  • 1 sudu serbuk kayu manis
  • 1 sudu madu
  • 1 sudu minyak zaitun
Cara-cara dia pula :-

  1. Campurkan serbuk kayu manis dan madu. Kemudian, letakkan sedikit demi sedikit minyak zaitun dan gaul sebati. Biarkan campuran tersebut likat seperti syampu.
  2. Basahkan rambut dan sapukan campuran serbuk kayu manis, madu dan minyak zaitun ke seluruh rambut sehingga ke kulit kepala.
  3. Biarkan campuran tersebut meresap ke kulit kepala selama 15 hingga 20 minit.
  4. SETELAH itu, bilas dengan air suam.
**Amalkan tiga kali seminggu sehingga rambut kembali sihat.

Ni pula TIP PENJAGAAN RAMBUT

  1. MENGURUT kepala dengan menggunakan minyak badam akan memperbaiki peredaran darah dan membuat folikel rambut lebih kuat dan sihat.
  2. BANYAKKAN memakan bijan kerana ia mengandungi kalsium dan megnesium yang menyuburkan kulit kepala dan mengurangkan keguguran rambut.
  3. LEBIHKAN pengambilan teh hijau dan soya dalam diet kerana ia perencat dihydrotestosterone semulajadi yang mampu mengawal keguguran rambut.
  4. MAKAN biji labu yang dipanggang atau dijemur setiap hari kerana ia boleh membantu mengawal masalah keguguran rambut.
  5. KURANGKAN pengambilan daging merah dalam diet harian kerana ia memburukkan masalah keguguran rambut.
  6. KERAP mencuci rambut dengan menggunakan air suam atau sejuk untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat dan bersih. Elakkan membasuh rambut terlalu kerap untuk mencegah kerosakan rambut.
  7. ELAKKAN menggunakan suhu pengering rambut yang tinggi kerana ia mudah merosakkan rambut. Seeloknya biarkna rambut kering dengan sendirinya.
  8. ELAKKAN mengeringkan rambut basah dengan terlalu kuat semasa menggunakan tuala kerana ia akan menyebabkan rambut lebih mudah gugur.
  9. GUNAKAN sikat bergigi lebar bagi mengelakkan rambut tersangkut. Elakkan juga menyikat rambut ketika rambut masih basah.
Selain tu, banyak lagi cara untuk penjagaan rambut. Ada yang memilih cara moden berbanding cara tradisional untuk penjagaan rambut seperti Yun Nam hair care pakar rambut anda... haha terkeluar pula iklan di tv..Apa2 pun selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment