Saturday 22 March 2014

AIR DAN GARAM

Masa kat u ni, ada subject filosofi ke mcm tu la ejaan dia.. menceritakan pendapat saintis, samada boleh pakai secara logik serta sains dalam islam. Mula-mula ni sy nk ceritakan pasal air dan garam yang boleh menjadi penyembuh. Dulu, ada seorg Dr. F. Batmanghelidi, berbangsa Iran yang menggunakan air untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Dia di masukkan dlm penjara semasa Revolusi Iran. Beliau telah merawat lebih 2000 banduan yang pelbagai penyakit seperti sakit perut,asma, alergi, tekanan darah tinggi atau rendah, kencing manis, sakit tulang belakang dan gout. Selama 2 tahun 4 bulan, beliau dibebaskan dan beliau menulis beberapa buku hasil dari kajiannya; antaranya adalah :
  • Water; For Health, for Healing, for Life : You're Not Sick, You're Thirsthy
  • How to Deal WIth Back Pain and Rheumatoid Joint Pain
  • Obesity, Cancer & Depression : Their COmmon Cause & Natural Cure
  • Water Cures : Drug Kill : Hoew Water Cured Incurable Diseases
Lecturer sy, Ust. Zaki suka bercerita pengalaman yang dia rasakan sendiri selepas mencuba. Ternyata hasilnya berkesan. Subhanallah.. Ust pernah sakit pinggang, ibu ust pula sakit kaki dan sendi di pinggul dan harus ke tandas 3 hinggga 4 kali pada wktu malam. Slepas guna formula air dan garam, Alhamdulillah sembuh katanya.

Garam tu bukan garam putih yang biasa tu.. Garam putih yang biasa tu ada sodium je lebih dan telah menjalani proses pelunturan(bleach).. bunyi mcm klorox pun ada kan? hehe gurau jer.. dan kesan makan garam putih tu mengundang pelbagai penyakit seperti darah tinggi. Garam yang dimaksudkan ialah garam laut, garam bukit, garam Himalaya atau garam buluh yang mengandungi segala mcm mineral.



Kalau rasa semput  atau lendir yang sukar hendak keluar, boleh je guna air dan garam.

cara-cara nak praktik kan  macam kat bawah ni :


  • Minum air dan sedikit garam laut yang asli setengah jam sblum mkn (minum air dan letak secubit garam pada lidah). Harus minum 1.5 liter air kira2 8 gelas sehari.
  • minum air 1 atau 2 cwn stgh jam sblum mkn. buat ktika bgn tidur, sblum mkn tgah hari dan sblum mkn mlm.
  • slepas mkn, jgn minum air kerana akan mengganggu proses penghadaman. kalau nk minum juga, minum selepas 2 jam.
  • minum air sblum bersenam / membuat kerja2 berat.
  • minum air sebelum makan - boleh kurangkan berat badan sbb bila minum air dulu, perut cepat kenyang dan makan pun nanti x banyak. =)
Rujukan : Sains & Mbah Maridjan by Mohd Zaki Bin Haji Ghazali

Maklumat lanjut mengenai garam :

  1. http://albakri88.wordpress.com/2012/04/03/garam-bukit-himalaya-himalayan-rock-salt/
  2. http://sihatselalu.lot.my/index.php?route=product/product&product_id=34010
  3. http://www.rawatanislam2u.com/2011/10/khasiat-garam-bukit-dalam-perubatan.html


p/s : Maaf yer ustaz kongsi ilmu ustaz kat sini..

Sampai sini je dulu k.. nanti saya sambung lg cerita lain.. Wassalam.. =)

No comments:

Post a Comment