Thursday 3 April 2014

Kesan meminum Arak lebih teruk dari melakukan zina

Assalamualaikum..

Sy ingin menceritakan kisah pada zaman dahulu. Ada seorang yang alim ni.. diberi pilihan.. samada mahu melakukan zina atau pun meminum arak. Lalu dia memilih untuk meminum arak kerana sangkaannya arak lebih ringan dosanya dari melakukan zina. Setelah dia meminum air arak tu, dalam keadaan asyik dan khayal, dia telah melakukan zina dengan seorang perempuan. Selang beberapa hari perempuan tersebut datang menuntut dipertanggungjawabkan atas kehamilan. Si alim ni lalu membunuh wanita tersebut.

Dengan hanya meminum arak sahaja, dia telah melakukan 3 dosa besar iaitu minum arak, berzina dan membunuh. Bukan sy nak katakan yang kalau minum arak teruk, boleh lakukan zina,, tidak sama sekali. Hanya ingin membezakan antara dua perlakuan dosa yang kesannya lebih buruk.

Disini saya ingin mengatakan bahawa arak boleh menjadi punca seseorang itu melakukan dosa yang sangat besar seperti kisah pemuda itu tadi. Allah juga telah mengharamkan arak bagi umat islam. Oleh yang demikian, jauhkanlah diri anda daripada meminum air yang memabukkan dan seterusnya memudaratkan kehidupan kita...

No comments:

Post a Comment